Saturday, December 25, 2010

Tree Top Walk

Entri kali ini ialah tentang lawatan ke Tree Top Walk Sedim Kedah. Mungkin anda juga berminat untuk berkunjung ke sini. Lihatlah gambar yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama serta catatan yang diselit bersama gambar.

Laluan yang disediakan untuk pengunjung. Dinasihatkan jangan beli tiket  untuk masuk ke laluan ini  kalau bawa anak-anak yang takut atau gayat berada di tempat yang tinggi. Minta izin untuk lihat dulu. Jika tidak tiket tidak boleh dikembalikan jika anda atau anak-anak anda tidak dapat meneruskan perjalanan atas Tree Top Walk ini.

Pemandangan dari atas. kelihatan Sungai Sedim di bawah

Laluan yang panjang untuk pengunjung menikmati pemandangan yang indah. Yang nampak hanyalah kehijauan daun pokok di sini

Ini pula pada ketinggian 15900MM

Salah satu sudut pemandangan warna hijau yang menarik.

Jaringan besi yang agak kecil yang menyebabkan kadang-kadang hilang keyakinan untuk berada di atas Tree Top walk. Jaringan besi itu membolehkan kita nampak ke bawah dengan jelas dan memang itu kelebihan jaringan besi ini membolehkan kita melihat pemandangan di bawah. Gayatt.

Sunday, December 19, 2010

Renungan untuk seorang sahabat

SAHABATMU
Al-Qamah, seorang ulama mashyur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

Jika engkau meminta pertolongan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

Jika  dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu dia akan menghargainya.

Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu. 

Sayidina Ali karamalahhuwajhah pula pernah berkata:
 
 "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikkanmu, sanggup berkorban apa saja untuk kepentinganmu."

Thursday, December 16, 2010

Sifat Mahmudah menurut Imam Ghazali

1. Taubat
2. Takut akan Allah SWT
3. Kasih akan Allah SWT
4. Zuhud
5. Sabar
6. Syukur
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakkal
9. Reda dengan qadak Allah SWT
10. Mengingati mati

Sifat Mazmumah(tercela)
1. Gemar makan dan minum
2. Banyak berkata-kata(Yang sia-sia)
3. Marah
4. Hasad dengki dan iri hati
5. Kasih pada harta
6. Takbur
7. Riyak
8. Ujub
9. Kasih akan dunia


1.                     

Tuesday, December 14, 2010

"Abah bagi balik tangan Ita"


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
 Kisah Si Kecil Ita...
 Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
 Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
 Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
 Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
 Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
 ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
 Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
 Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
 Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Saturday, December 11, 2010

Teknik aktiviti bebas

Mata pelajaran sejarah merupakan  kajian sains sosial yang boleh menggalakkan pemikiran produktif dan kreatif. Antara aktiviti bebas ialah pelajar menjalan projek secara  berkumpulan atau bersendirian. Umpamanya menulis essei, koleksi gambar , lawatan, menulis essei dan berbagai-bagai aktiviti lain yang boleh membantu P&P  mata pelajaran sejarah dan seterusnya menarik minat untuk  mempelajari sejarah. Aktiviti bebas yang saya pilih ialah lawatan dan koleksi gambar. Tempat lawatan ialah Muzium Perang di Penang beserta koleksi gambar di muzium berkenaan. Keseluruhannya koleksi gambar itu berkaitan dengan pendudukan Jepun di Tanah  Melayu. Ini ada kaitan dengan Sejarah Tingkatan 3 dan tingkatan 5. Lihat koleksi  gambar di bawah.

Wednesday, December 08, 2010

Teknik gambar

Entri kali ini tentang  menggunakan gambar untuk menerangkan sesuatu. Tajuk yang saya  pilih ialah Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.(Bab 4 Sejarah Ting 4)
Antara ciri masyarakat arab jahiliah ialah tentang perlantikan calon sheikh adalah berasaskan syarat-syarat berikut:
1.       Gagah
2.       Berani
3.       Berfikiran matang
4.       Pandai berpidato.
5.       Disukai oleh ahli kabilah
6.       Mendapat persetujuan ramai
Gambar di atas boleh menggambarkan seorang sheikh kepada pelajar . penjelasan di bawah juga akan membolehkan pelajar  mudah ingat fakta di atas sebab ia lihat sendiri Sheikh yang dimaksudkan dalam tajuk di atas.

1.       Adakah kelihatan gagah? Memang gagah berdasarkan wajah dan badannya yang tegap
2.       Adakah kelihatan seorang yang berani? Memang berani berdasarkan raut wajahnya.
3.       Adakah ia seorang berfikiran matang?. Sudah tentu matang berdasarkan wajah dan ketrampilan.
4.       Adakah ia pandai berpidato? Sudah tentu sebab wajahnya seperti  ahli politik
5.       Adakah disukai ramai?. Sudah tentu sebab handsome
1
Selamat mencuba.
Anda juga mungkin meminati.... Mudahnya Sejarah

Tuesday, December 07, 2010

Link kawan

Profile

about me
tuan blog

Sembang2

renungan untuk seorang sahabat
kenduri di kg VS kenduri taman perumahan
apakah jasa nyamuk?
ajaibnya buluh Cina
kereta hibrid Proton
Korea berperang
Guangzhou
Berus bulu babi
Nokia
Berkorban terkorban dikorbankan
Salam aidil adha
Shamrin Fotograf meninggal dunia
Merapi menghukum
kosmetik anda
tok ke 
Penawar Kencing manis

Mudahnya Sejarah

Mudahnya belajar sejarah
EDUWEBTV
Zaman Jahiliah Dulu dan Sekarang
Games Sejarah
Nasihat kucing
Tajuk Tumpuan SPM 2010 
Panitia sejarah SMKTS 
Kajian Tindakan 
Soalan Percubaan 2010
Teknik aktiviti bebas

hati yang hidup

Tanya sama hati
Mandi roh 
Teka-teki Imam Ghazali
Jahiliah moden
Cara tidur yang sebaik-baiknya
Tanda-tanda kematian
Ciri-ciri wanita solehah


Kerana matamu yang menggoda
Cahaya Iman
Perkara-perkara yang membuatkan hilang ingatan
Sifat Mahmudah menurut Imam Ghazali 

makan makan

kari kanser
pewarna menipu mata
hati-hati dengan makanan anda 
racun dalam cawan
mangkuk berjenama bertulang binatang
buah oren Shanghai beracun

mesti klik

almawardi: MISTERI PLANET NIBIRU & RAMADHAN 2012- Kenyataan atau Khayalan

Sunday, December 05, 2010

MUDAHNYA BELAJAR SEJARAH(SPM)- 1


Sejak akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat   dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. 

Walau apa alasan sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan  negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia.  Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya  dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

Jika anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang  besar.?
Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya  “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’.  Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.
Kedua, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.

Saturday, December 04, 2010

Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok

3.12.2010
KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.

Sumber Berita Harian Online

Thursday, December 02, 2010

Tanya Sama Hati


 Hati

Kenapa hati berada di dalam dada?. Allah menyembunyikan tempat hati di dalam dada dan dilindungi dengan pembungkus yang kuat dan dilindungi lagi dengan otot-otot dan daging. Tiada lain kerana hati ialah anggota batin yang mulia dan memang tepat bila diletakkan di tempat yang tersembunyi.

Wednesday, December 01, 2010

Kenduri di Kampung VS Kenduri di Taman Perumahan

Kenduri di Kampung VS Kenduri di Taman Perumahan, Yang mana lebih meriah pada masa sekarang? lihat gambar yang dirakam pada 28 Nov 2010 baru-baru ini di  rumah En Ghani di Taman Ria Mesra Gurun Kedah
Cuba anda kira berapa orang yang sedang memotong daging




Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat