Wednesday, November 10, 2010

Racun Dalam Cawan



Racun Dalam Cawan dan Pinggan Mangkuk
Para pengguna bakal menanggung risiko keracunan diri secara perlahan-lahan apabila mereka menggunakan pinggan mangkuk tembikar ketika makan.
Bagi piring dan pinggan, paras plumbum yang 
boleh melarut resap ke dalam makanan dalam tempoh 24 jam tidak melebihi 7 bps.Bagi cawan dan mangkuk kecil, tidak melebihi 5 bps.
Berdasarkan mangkuk dan piring yang diuji 
dan kebanyakkannya datang dari China, 
sebiji piring sos biasa mengandungi paras       plumbum paling tinggi, kira-kira 50 kali ganda melebihi paras 7bps.

PERHATIKAN PINGGAN MANGKUK ANDA DI RUMAH.

Cara mengesan PLUMBUM dalam tembikar
  • Bersihkan barang tembikar anda dengan sabun, kemudian bilas   dengan air suling
  • Isikan cawan atau pinggan itu dengan cuka. Tutup dan biarkan selama 24 jam.
  • kemudian kacau cuka itu dan tuangkan 50ml cuka ke dalam sebiji bikar kaca bersih.
  • Masukkan  1ml natrium sulfit ke dalamnya. Larutan itu  kekal tidak berwarna jika ia tidak mengandungi plumbum
 APA ITU PLUMBUM?
Plumbum ialah sejenis logam berat yang sebaik memasuki tubuh akan kekal di situ dan sedikit demi sedikit akan meracuni diri anda.
kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah mendapat mudaratnya.
Dalam jangka panjang plumbum boleh menyebabkan kerosakan otak. Jangka pendek pula termasuk kekejangan, kejutan dan menjejaskan kemampuan mental

HAKIKATNYA PLUMBUM DAN MANUSIA TIDAK BOLEH DISATUKAN

Hakikatnya plumbum digunakan di mana-mana. Mempunyai ciri-ciri bahan lembut, berwarna biru-kelabu dan mudah cair, logam ini digunakan dalam kerja pemasangan paip, bumbung,gasolin,pemateri, cat, peralatan dalam rumah dan, bateri asid-plumbum.
Kehadirannya dalam makanan datang dari tiga sumber. Pertama plumbum ynag terdapat  secara semulajadi dalam alam sekitar, tanah dan air. Kedua, sisa plumbum daripada ekzoz kenderaan dan loji melebur plumbum. Ketiga, ia masuk ke dalam makanan menerusi pemerosesan makanan, terutama melarut resap daripada periuk tanah liat yang digilap denagn logam ini dan pemateri plumbum dalam kelim tin.
Tin pengisi makanan, alat mainan plastik, gegelang gigit untuk bayi, pakaian dan pinggan mangkuk merupakan sebahagian daripada yang digunakan di Malaysia.
Dah terbukti hasil kajian CAP menunjukkan ada racun dalam cawan dan pinggan anda.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat