Friday, November 19, 2010

Berkorban Terkorban Dikorbankan Mengorbankan Diri.

Lepas raya korban ni eloklah kalau kita cari peristiwa masa raya dan dikaitkan dengan perkataan di atas.
1.       Peristiwa pagi raya di masjid.
Cakap rasa tak kena. Tak cakap pun rasa bersalah juga.  Cuba bayangkan apabila kita tiba ke masjid nak langkah masuk ke dalam masjid ada orang sedang sembahyang betul-betul kat pintu.   Kalau terus masuk bermakna melintas depan orang yang sedang sembahyang . Boleh ka?. Dalam hal ni siapa yang perlu berkorban?. Mahu tak mahu terpaksalah berkorban cari pintu yang lain. Persoalannya  kenapa depan pintu?. Kat dalam masjid masih luas lagi, banyak tempat kosong. Kenapa orang kita masih tidak peka hal ini,  mengorbankan dirinya depan pintu.


2.       Peristiwa semasa  sembahyang raya.
Semasa sembahyang raya pula ada yang terpaksa berkorban. Berkorban apa.?  Berkorban tempat dalam saf. Ada ibu bapa yang memang baik dan prihatin berkorban apa saja asalkan anaknya dapat dibawa bersama ke masjid. Lepas tu sembahyang dalam saf orang dewasa, sedangkan anaknya masih belum baligh. Masih ingat lagi masa kat kg dulu-dulu ” hang dah sunat ka belum, kalau tak sunat pi dok belakang.” Sepatutnya  kanak-kanak yang belum baligh berada di saf belakang.  Jadi pakcik yang dah lama baligh tu terpaksa mengorbankan  balighnya sembahyang di belakang kanak-kanak yang belum bersunat tu. Maknanya pakcik tu terpaksa berkorban. Anak kecil tu pula  terpaksa mengorbankan dirinya kerana bapa dia suruh duduk sebelahnya. Dalam hal ini ilmu si bapa itu sebenarnya telah tekorban. Maknanya dia ngaji tak habis. 

3.       Peristiwa semasa khatib membaca khutbah
Semasa Khatib membaca khutbah ada yang terlentuk-lentuk. Sudah pasti tidak dengar apa yang dibacakan oleh Khatib. Patut orang macam inilah dikorbankan bukan lembu atau kambing. Kalau menonton TV tak ngantuk. Tengok bola sampai subuh tak ngantuk. Sanggup mengorbankan diri tak tidur, sanggup berkorban masa semata-mata tengok bola. Di masjid tidur. Lembu di belakang masjid tu pun tak tidur.

4.       Peristiwa lepas sembahyang raya
Apa pula yang  terkorban.?  Sempena menyambut raya korban maka ramailah yang klik kampong. Jadi masjid pun meriah dengan jemaah dan anak-anak khariah. Bila keluar dari masjid didapati ada yang kasut raya korban terkorban. Ini satu lagi masalah orang kita. Kasut atau selipar sendiri pun tak kenal. Pakai hentam saja atau buat-buat hentam sarung. Lepastu balik rumah baru sedar telah mengorbankan selipar orang.

5.       Peristiwa lembu korban
Inilah peristiwa yang baru betul-betul mengorbankan diri. Pernahkah anda tenung wajah lembu yang nak dikorbankan dan bakal terkorban?. Sedih, sayu, seronok, yang mana satu?.  Lembu itu dikorbankan. Ia taat menunggu saat dikorbankan.  Apakah pengajarannya yang kita ambil?. Maka kembalilah kepada peristiwa Nabi Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya.

2 comments:

  1. Lembu dijadikan korban, masa tengok kat TV, lembu naik minyak, kesian pulak seriwangi tengok,mungkin lembu tu belum bersedia berkorban ataupun....yg memberi tidak seikhlas hati...!jangan marah pula itu cuma pendapat seriwangi.

    ReplyDelete

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat