Tuesday, November 30, 2010

Ajaibnya Buluh Cina

Buluh cina ditanam setelah tanah digemburkan . Kemudian selepas empat tahun, tidak ada tanda-tanda pokok bercambah. Apa yang boleh dilihat hanyalah sedikit anak pokok.selepas lima tahun buluh cina itu naik tinggi. Pemimpin yang berprinsip memahami metafora buluh cina. Mereka tahu harga bagi menggembur tanah, menanam benih, menyuburkan dan memupuk anak benih walaupun mereka tidak melihat hasilnya yang segera. Mereka percaya mereka akan menuai hasilnya.
Begitu juga dengan diri kita sendiri, untuk berjaya bukan mengambil masa yang singkat. Jika nak dikira kita bersekolah daripada sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti. Ia mengambil masa yang lama untuk mencapai cita-cita dan berjaya dalam hidup. Tidak ada jalan mudah untuk Berjaya. Bukan senang untuk menjadi senang.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat