Saturday, December 25, 2010

Tree Top Walk

Entri kali ini ialah tentang lawatan ke Tree Top Walk Sedim Kedah. Mungkin anda juga berminat untuk berkunjung ke sini. Lihatlah gambar yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama serta catatan yang diselit bersama gambar.

Laluan yang disediakan untuk pengunjung. Dinasihatkan jangan beli tiket  untuk masuk ke laluan ini  kalau bawa anak-anak yang takut atau gayat berada di tempat yang tinggi. Minta izin untuk lihat dulu. Jika tidak tiket tidak boleh dikembalikan jika anda atau anak-anak anda tidak dapat meneruskan perjalanan atas Tree Top Walk ini.

Pemandangan dari atas. kelihatan Sungai Sedim di bawah

Laluan yang panjang untuk pengunjung menikmati pemandangan yang indah. Yang nampak hanyalah kehijauan daun pokok di sini

Ini pula pada ketinggian 15900MM

Salah satu sudut pemandangan warna hijau yang menarik.

Jaringan besi yang agak kecil yang menyebabkan kadang-kadang hilang keyakinan untuk berada di atas Tree Top walk. Jaringan besi itu membolehkan kita nampak ke bawah dengan jelas dan memang itu kelebihan jaringan besi ini membolehkan kita melihat pemandangan di bawah. Gayatt.


Walaupun binaannya kelihatan kukuh tetapi sukar juga untuk nikmati ketenangan dengan kehijauan pohon sebab bila pandang ke bawah rasa gayat datang kembali

Kelihatan pokok-pokok yang menjadi nadi kawasan tadahan hujan. Jika tidak sudah tentu sungai Sedim tidak wujud lagi.

Atas Tree Top Walk ada juga disediakan maklumat tentang jenis atau nama pokok. Tapi tak banyak. Elok juga pihak pengurusan memperbanyakkan maklumat seperti di atas sebab ini kawasan hutan dan banyak pokok. Ia berguna terutamanya untuk generasi muda.

Ini pula pada ketinggian 18500MM.

Ini pula pada ketinggian 26050MM. gayat.



Perlu dijaga dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Sekali lagi jaringan besi ini menyediakan pemandangan air yang mengalir di bawah.

Lihat pemandangan jeram yang tidak jemu mengalir.

Laluan yang sedia menerima kunjungan anda

Kehijauan ini menyedarkan kita kepada siapa yang menciptanya.

Kelihatan  bahagian paling atas pokok sahaja di sini

Sila masuk kalau tak gayat.
Harga tiket: Kanak-kanak RM6.00. Dewasa RM10.00


No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat