Sunday, November 28, 2010

Kerana matamu yang menggoda…

“Cantik si anu tu, kalaulah aku Berjaya memikatnya, alangkah indahnya dunia ini.”  Bagi orang lelaki kalau terlihat betis perempuan, buah dada perempuan mata terbeliak. Tapi kalau nak kata orang lelaki jahat pun tak boleh juga. Tuduhan miang dan macam-macam lagi  dilemparkan. Orang perempuan pun kena fikirkan juga, untuk apa mereka mendedahkan aurat. Kalau tidak untuk dilihat oleh lelaki. Itulah rezeki orang lelaki, tak tengok rugi. Apatah lagi yang cantik macam artis seperti  Siti Nurhaliza.
Semua  cerita di atas adalah berpunca dari mata. Sedarkah anda mata digelar pancaindera yang peka kepada berbagai-bagai perkara yang sedar ataupun tidak sedar dilihat. Kerana matalah kita dapat melihat dunia ini. Alangkah sedih dan hampa andainya mata kita diambil semula oleh Allah. Bagi mereka yang kurang bernasib baik tidak dapat melihat keindahan dunia ini, sekurang-kurangnya 10% mereka tidak dicemari dosa daripada mata. Justeru itu jagalah mata daripada melihat benda-benda yang menambah dosa.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat