Tuesday, November 30, 2010

Apakah Jasa Nyamuk?


 Nyamuk
Antara makhluk yang kecil di dunia ini ialah nyamuk. Berkepala lengkap dengan dua biji mata, mempunyai kaki dan dua sayap yang mengiang-ngiang di telinga.alangkah halusnya mata  dan sayap nyamuk. Tentu pula di dalam tubuhnya yang halus ada jantung dan usus.
Setelah meneliti nyamuk yang halus dan rumit itu, tahukah kita 

bagaimana  telitinya Allah dalam menciptakannya. Disesuaikan Allah biji
mata nyamuk yang halus itu dengan lubang
mata tempat memasang mata.
Terasalah kepada setiap orang beriman, bahawa bukan sahaja mata dan usus nyamuk diteliti oleh Allah, Allah lebih teliti lagi terhadap manusia yang mempunyai akal di dunia ini. Apa yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan dihitung semula oleh Allah secermat mungkin pada hari kemudian. Itulah jasa nyamuk kepada manusia jika kita buat kajian terhadap penciptaan nyamuk .

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat