Saturday, May 11, 2013

mudahnya sejarah


TEKNIK MAKAN NASI DALAM MUDAHNYA SEJARAH


Teknik ini boleh digunakan bagi tajuk CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA.
Perhatikan gambar sepinggan nasi di atas. Makanan yang terdapat di dalam gambar di atas ialah:

1. Nasi
2. Ayam/telor
3. Sayur
4. Jagung
5. Ikan
6. Kari
7. Buah

Sekiranya setiap hari kita makan nasi sudah tentu kita akan ingat dengan mudah ciri-ciri kerajaan agraria. Lihat ayat di bawah.

Nasi - asal daripada padi sawah dan huma. Oleh itu isi pentingnya ialah:
          1 . Masyarakat agraria menanam padi huma ( 1 markah)
          2. Masyarakat agraria menanam padi sawah (1 markah)
Ayam/Telor- boleh dikaitkan dengan penternakan.
          3. Menternak binatang seperti ayam(1 markah)
Sayur- boleh dikaitkan dengan menanam
          4. Menanam sayur-sayuran(1 markah)
Ikan- boleh dikaitkan dengan tangkap ikan
          5. Menangkap ikan (1 markah)
Kari- boleh dikaotkan dengan rempah.
          6. Mengumpul rempah ratus(1 markah)
Buah- boleh dikaitkan dengan mengutip hasil hutan
          7. Mengutip hasil hutan seperti buah-buahan (1 markah)

Jumlah isi atau markah ialah 7. Jika setiap hari makan nasi seperti gambar di atas sudah tentu lebih mudah untuk mengingati isi penting ciri-ciri kerajaan agraria. Kalau masih tidak dapat ingat lagi maknanya pelajar berkenaan tidak pernah makan nasi. Mungkin makan besi dan tembaga. Diharapkan dengan cara ini dapat membantu pelajar mengingati isi penting dengan mudah dan tidak perlu membaca berulang kali.





Thursday, January 24, 2013

RASULULLAH S.A.W ADALAH SEORANG MURABBI

  Rasulullah S.A.W adalah pengajar atau murabbi bagi para sahabatnya, bahkan boleh disebut sebagai pakar pendidikan kerana dalam mendidik para sahabat baginda telah menerapkan berbagai sistem dan kaedah yang boleh digunakan oleh pakar pendidikan dewasa ini.
  Contohnya baginda memanfaatkan momentum tertentu, menggunakan pelbagai ilustrasi, mengajar sesuai dengan keperluan, menggunakan bahasa yang sesuai dengan intelektual masyarakat dan banyak kaedah yang lain. semua itu dilakukan dengan penuh keteladanan dan kesabaran yang tinggi.
   Rasulullah S.A.W pernah memegang bahu Abdullah bin Umar agar beliau lebih menumpukan perhatian kepada apa yang akan disampaikan..
    Mengenai cara pengajaran Nabi S.A.W ini, Ibnu Hajar al-Haitami berkata "Salah satu cara tersebut ialah ketika menyampaikan ilmu, pendidik memegang salah satu bahagian anggota tubuh anak didik."
    Perkara ini jugalah pernah dialami oleh Ibnu Mas'ud RA, berkata : "Rasulullah S.A.W telah mengajar kepadaku cara bertasyahud sambil memegang telapak tanganku".
  Hikmah dari kaedah ini ialah mewujudkan suasana akrab, harmoni, bersemangat serta penuh perhatian. Ini kerana kebiasaannya adalah mustahil seseorang itu melupakan sesuatu ajaran yang diterimanya dengan cara demikian. Perbuatan ini juga tidak dilakukan kecuali kepada orang yang disenangi oleh pelakunya. 
Hadis 40 Bicara Rasulullah S.AW.
 

Sunday, October 07, 2012

MUDAHNYA SEJARAH


Kaedah Kata Kunci


Kaedah yang hendak dikemukakan kali ini ialah  Kaedah Kata Kunci supaya pelajar mudah ingat sesuatu fakta dalam masa yang singkat.


Tajuk: Ciri-ciri Kerajaan Agraria(Bab 3 ting 4)
Kerajaan agraria terbentuk di kawasan pertanian subur. Ada juga kerajaan agraria terbentuk di kawasan pedalaman. Kegiatan ekonomi pula ialah menanam padi sawah dan padi huma. Selain daripada itu mengutip hasil hutan seperti kayu gaharu menjadi kegiatan ekonomi yang penting. Ciri yang berikutnya ialah menangkap ikan dan  menternak binatang seperti ayam.                                                     ( 9 markah)

subur
pedalaman
sawah
huma
hutan
gaharu
tangkap
ternak
ayam

Perkataan di atas merupakan kata kunci yang boleh dihafal oleh pelajar. Jika tidak ingat ayat yang penuh bolehlah merujuk essei di atas. Cara ini menjimatkan masa untuk mengulangkaji sebab dapat mengelak daripada membaca ayat yang panjang.

Moga kaedah ini dapat membantu pelajar.

Anda boleh juga klik MUDAHNYA SEJARAH UNTUK KAEDAH SETERUSNYA