Sunday, November 14, 2010

Shamrin Fotograf meninggal dunia pada usia muda

KUALA LUMPUR, 11 NOV 2010:
Penyanyi lagu Di Alam Fana Cinta yang baru saja menjadi artis naungan syarikat rakaman Alibi Music itu dilaporkan jatuh rebah sewaktu dia bermain bola sepak di padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, punca kematian Shamrin masih belum dapat dikenal pasti kerana sebelum ini penyanyi yang bersuara lantang ini tidak pernah dilaporkan mengalami sebarang sakit.
Sewaktu kejadian berlaku, Shamrin sedang bermain bola sepak bersama artis-artis termasuklah Shah Slam.
Berita kematian ini telah pun disahkan oleh bekas pengurus kumpulan Slam iaitu Johan Aziz yang telah pun membuat panggilan secara langsung menerusi radio Suria FM dalam segmen petang yang dikendalikan Linda Onn.
Difahamkan, sewaktu mengesahkan berita ini, Johan masih lagi berada dalam keadaan yang sedih dan terperanjat, begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang lain.
Sekalung takziah buat ahli keluarga Shamrin . Semoga roh penyanyi ini dicucuri rahmat.


Anda mungkin meminati.........


11 jenis manusia didoa malaikat

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat