Tuesday, October 26, 2010

Jahiliah moden


Zaman Jahiliah dan Zaman Sekarang . Siapa yang jahil?.

Zaman Jahiliah ada yang menanam bayi perempuan, zaman sekarang buang bayi. Zaman Jahiliah mencuri dan merompak menjadi sumber mata pencarian, zaman sekarang lebih dahsyat mencuri dan merompak ada di mana-mana dan melibatkan pembunuhan yang tak masuk akal. Zaman Jahiliah ada amalan menilik nasib, zaman sekarang pun ada.
________________________________________

Zaman Jahiliah hidup berpuak-puak, zaman sekarang pun hidup berpuak-puak. Zaman Jahiliah ada amalan riba, zaman sekarang tidak ketinggalan juga. Zaman Jahiliah golongan kaya menindas golongan miskin, zaman sekarang pun ada. Zaman Jahiliah amalan berjudi minum arak dan berzina menjadi amalan kaum lelaki, zaman sekarang minum arak sampai mabuk dan memandu hingga membahayakan orang lain, kaum perempuan pula terlibat dengan industri pelacuran

Jadi siapa yang jahil?


1 comment:

  1. entah la megat....mungkin benih tak elok kot..

    ReplyDelete

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat