Tuesday, November 30, 2010

Apakah Jasa Nyamuk?


 Nyamuk
Antara makhluk yang kecil di dunia ini ialah nyamuk. Berkepala lengkap dengan dua biji mata, mempunyai kaki dan dua sayap yang mengiang-ngiang di telinga.alangkah halusnya mata  dan sayap nyamuk. Tentu pula di dalam tubuhnya yang halus ada jantung dan usus.
Setelah meneliti nyamuk yang halus dan rumit itu, tahukah kita 

bagaimana  telitinya Allah dalam menciptakannya. Disesuaikan Allah biji
mata nyamuk yang halus itu dengan lubang
mata tempat memasang mata.
Terasalah kepada setiap orang beriman, bahawa bukan sahaja mata dan usus nyamuk diteliti oleh Allah, Allah lebih teliti lagi terhadap manusia yang mempunyai akal di dunia ini. Apa yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan dihitung semula oleh Allah secermat mungkin pada hari kemudian. Itulah jasa nyamuk kepada manusia jika kita buat kajian terhadap penciptaan nyamuk .

Ajaibnya Buluh Cina

Buluh cina ditanam setelah tanah digemburkan . Kemudian selepas empat tahun, tidak ada tanda-tanda pokok bercambah. Apa yang boleh dilihat hanyalah sedikit anak pokok.selepas lima tahun buluh cina itu naik tinggi. Pemimpin yang berprinsip memahami metafora buluh cina. Mereka tahu harga bagi menggembur tanah, menanam benih, menyuburkan dan memupuk anak benih walaupun mereka tidak melihat hasilnya yang segera. Mereka percaya mereka akan menuai hasilnya.
Begitu juga dengan diri kita sendiri, untuk berjaya bukan mengambil masa yang singkat. Jika nak dikira kita bersekolah daripada sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti. Ia mengambil masa yang lama untuk mencapai cita-cita dan berjaya dalam hidup. Tidak ada jalan mudah untuk Berjaya. Bukan senang untuk menjadi senang.

Sunday, November 28, 2010

Kereta hibrid Proton diuji untuk kegunaan kerajaan

27/11/2010 8:38pm

SHAH ALAM 27 Nov. – Pengeluaran kereta hibrid Proton secara meluas akan hanya diputuskan selepas kereta jenis itu diuji untuk kegunaan kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun depan.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklum balas positif daripada pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum memasarkannya secara besar-besaran.

Kerana matamu yang menggoda…

“Cantik si anu tu, kalaulah aku Berjaya memikatnya, alangkah indahnya dunia ini.”  Bagi orang lelaki kalau terlihat betis perempuan, buah dada perempuan mata terbeliak. Tapi kalau nak kata orang lelaki jahat pun tak boleh juga. Tuduhan miang dan macam-macam lagi  dilemparkan. Orang perempuan pun kena fikirkan juga, untuk apa mereka mendedahkan aurat. Kalau tidak untuk dilihat oleh lelaki. Itulah rezeki orang lelaki, tak tengok rugi. Apatah lagi yang cantik macam artis seperti  Siti Nurhaliza.
Semua  cerita di atas adalah berpunca dari mata. Sedarkah anda mata digelar pancaindera yang peka kepada berbagai-bagai perkara yang sedar ataupun tidak sedar dilihat. Kerana matalah kita dapat melihat dunia ini. Alangkah sedih dan hampa andainya mata kita diambil semula oleh Allah. Bagi mereka yang kurang bernasib baik tidak dapat melihat keindahan dunia ini, sekurang-kurangnya 10% mereka tidak dicemari dosa daripada mata. Justeru itu jagalah mata daripada melihat benda-benda yang menambah dosa.

Thursday, November 25, 2010

Korea Berperang



PENDUDUK tempatan dari Pulau Yeonpyeong tiba di Pelabuhan Inchon dengan kapal polis semalam selepas Korea Utara melancarkan serangan kelmarin.

SEOUL: Amerika Syarikat dan Korea Selatan semalam mengumumkan keputusan untuk mengadakan latihan tentera laut bersama sementara Washington berikrar berganding bahu dengan Seoul berikutan serangan paling dahsyat oleh Korea Utara sejak beberapa dekad lalu.

Dalam kenyataan bersama pertama mereka berikutan bedilan Pyongyang terhadap sebuah pulau kecil Korea Selatan, kedua-dua Presiden, Barack Obama dan Lee Myung-Bak bersetuju mengadakan latihan ketenteraan bersama dan menaruh harapan agar China dapat mengawal negara sekutunya itu.

Tuesday, November 23, 2010

BERUS BULU BABI


BERUS BULU BABI
Kebiasaannya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Untuk membuat berus, bulu babi hutan digunakan kerana ia mempunyai daya lekatan cat yang lebih baik jika dibandingkan dengan bahan-bahan sintetik seperti nilon.
Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran  dikhuatiri mengandungi bahan haram ini.
Umat Islam dinasihatkan memeriksa label  pada berus untuk memastikan ia tidak diperbuat daripada bulu babi.
Sumber; CAP Pulau Pinang

Monday, November 22, 2010

Mangkuk Berjenama Bertulang Binatang.


Entri kali ini mengajak anda perhatikan set pinggan mangkuk di rumah anda. Set pinggan mangkuk yang disebut sebagai Fine Bone China mengandungi abu tulang binatang yang menjadikannya  kuat, keras, tidak mudah pecah dan kelihatan keputihan.

Bone China merupakan campuran adunan porselin dengan kira-kira 40%-50% abu tulang. Abu tulang diperolehi daripada tulang binatang yang dibakar dan dikisar. Abu yang terhasil ditumbuk hingga menjadi serbuk dan dicampur kan dengan air sebelum ditambah ke dalam ramuan lain porselin.

Penggunaan abu tulang binatang menimbulkan keresahan di kalangan pengguna Islam. Dibimbangkan tulang itu mungkin juga dari binatang tidak halal. Sehubungan dengan itu pengguna Islam dinasihatkan menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tembikar atau kaca.

Di antara jenama mangkuk Bone China yang terdapat di pasaran tempatan termasuklah Noritake dan Wedgewood.

Friday, November 19, 2010

Berkorban Terkorban Dikorbankan Mengorbankan Diri.

Lepas raya korban ni eloklah kalau kita cari peristiwa masa raya dan dikaitkan dengan perkataan di atas.
1.       Peristiwa pagi raya di masjid.
Cakap rasa tak kena. Tak cakap pun rasa bersalah juga.  Cuba bayangkan apabila kita tiba ke masjid nak langkah masuk ke dalam masjid ada orang sedang sembahyang betul-betul kat pintu.   Kalau terus masuk bermakna melintas depan orang yang sedang sembahyang . Boleh ka?. Dalam hal ni siapa yang perlu berkorban?. Mahu tak mahu terpaksalah berkorban cari pintu yang lain. Persoalannya  kenapa depan pintu?. Kat dalam masjid masih luas lagi, banyak tempat kosong. Kenapa orang kita masih tidak peka hal ini,  mengorbankan dirinya depan pintu.

Thursday, November 18, 2010

Rambut Artis Sekolah

Panas, panas, panas hati dengan gaya rambutnya yang panjang macam artis Barat.  
Apa ingat ini tempat tujukkan  gaya macho ka?. 
Inilah  melayu yang dah layu tidak tahu tempat dan masa untuk menunjukkan sesuatu. 
Dah lama tak nampak muka tiba-tiba muncul. Dengan tangan menggengam sekeping kertas.
Lari bila Nampak aku.
Nak ke mana? Akhirnya dapat juga sirambut panjang tu.
Itulah  ragam segelintir budak sekolah kini.
Gaya rambut macam gambar singa tu pun ada.
Macam  pemain bola sepak David Beckham tu pun ada.
Sepatutnya rambut pelajar sekolah seperti gambar di bawah tu. Bukan singa di atas.
Dah lama tak Nampak muka(ponteng) tiba-tiba muncul dengan rambut panjang  semata-mata hendak mengambil slip peperiksaan.
Alangkah sedihnya, peperiksaan nak ambil tapi belajar tidak mahu. Apakah yang hendak ditulis nanti dalam peperiksaan. Siapa boleh jawab. Jawab sat.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Sunday, November 14, 2010

Shamrin Fotograf meninggal dunia pada usia muda

KUALA LUMPUR, 11 NOV 2010:
Penyanyi lagu Di Alam Fana Cinta yang baru saja menjadi artis naungan syarikat rakaman Alibi Music itu dilaporkan jatuh rebah sewaktu dia bermain bola sepak di padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, punca kematian Shamrin masih belum dapat dikenal pasti kerana sebelum ini penyanyi yang bersuara lantang ini tidak pernah dilaporkan mengalami sebarang sakit.
Sewaktu kejadian berlaku, Shamrin sedang bermain bola sepak bersama artis-artis termasuklah Shah Slam.
Berita kematian ini telah pun disahkan oleh bekas pengurus kumpulan Slam iaitu Johan Aziz yang telah pun membuat panggilan secara langsung menerusi radio Suria FM dalam segmen petang yang dikendalikan Linda Onn.
Difahamkan, sewaktu mengesahkan berita ini, Johan masih lagi berada dalam keadaan yang sedih dan terperanjat, begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang lain.
Sekalung takziah buat ahli keluarga Shamrin . Semoga roh penyanyi ini dicucuri rahmat.


Anda mungkin meminati.........


11 jenis manusia didoa malaikat

Wednesday, November 10, 2010

Racun Dalam Cawan



Racun Dalam Cawan dan Pinggan Mangkuk
Para pengguna bakal menanggung risiko keracunan diri secara perlahan-lahan apabila mereka menggunakan pinggan mangkuk tembikar ketika makan.
Bagi piring dan pinggan, paras plumbum yang 
boleh melarut resap ke dalam makanan dalam tempoh 24 jam tidak melebihi 7 bps.Bagi cawan dan mangkuk kecil, tidak melebihi 5 bps.
Berdasarkan mangkuk dan piring yang diuji 
dan kebanyakkannya datang dari China, 
sebiji piring sos biasa mengandungi paras       plumbum paling tinggi, kira-kira 50 kali ganda melebihi paras 7bps.

PEWARNA MENIPU MATA


Bahaya Pewarna Makanan
Tidakkah selera anda akan terbuka apabila melihat jeli yang berwarna-warni, bubur caca berwarna unggu atau nasi beriani berwarna kuning keemasan?. Awas prosesmewarna makanan sudah menjadi kebiasaan dan ada kemungkinan warna-warna yang kelihatan menarik itu disebabkan kehadiran pewarna kimia beracun dan bukan dari makanan itu sendiri. Sungguhpun undang-undang membenarkan penggunaannya tetapi banyak pewarna  ini mungkin bahan penyebab kanser yang diharamkan di beberapa negara luar.
Antara bahaya pewarna makanan 
yang dibenarkan ialah:
  • Carmoisine(kemerahan) - boleh menyebabkan kanser, alahan dan keracunan makanan
  • Brilliant Blue- boleh menyebabkan kanser, kerosakan kromosom dan alahan
  • Tartrazine- boleh menyebabkan kanser, merangsang migrain dan alahan
  • Sunset Yellow- boleh menyebabkan kanser
  • Amaranth - boleh menyebabkan kanser dan merosakkan hati, organ seks, janin dan kematian sewaktu lahir.

Tuesday, November 09, 2010

KARI KANSER

KARI KANSER

Adakah anda gemar memasak rendang atau kari daging lembu, ayam, udang, ikan atau ketam dan anda  mengambil jalan mudah dengan memasaknya menggunakan serbuk kari dalam bungkusan. Tanpa disedari masakan anda itu boleh menyebabkan anda sekeluarga terdedah kepada serangan kanser.

Pendedahan ke seluruh negara perlu dibuat mengenai perniagaan kari di Malaysia. Hasil kajian banyak jenama tempatan serbuk kari, kuah yang siap diguna, serbuk cili dan serbuk kunyit bukan sahaja mengandungi pewarna tiruan malah pewarna yang diharamkan. 

Monday, November 08, 2010

Merapi Menghukum Sesiapa Saja





HATI-HATI DENGAN MAKANAN ANDA


E.COLI

Apa itu E.coli.? E.coli ialah sejenis kuman terkandung daripada najis atau usus manusia dan haiwan. Ia tidak sepatutnya terkandung dalam makanan. Berikut ialah contoh makanan yang mengandungi E.coli yang diambil di sekitar Pulau Pinang oleh CAP Pulau Pinang.
  1. Nasi Kandar 13(E.coli per gram)
  2. Sate 24(E.coli per gram)
  3. Sandwich telur 24(E.coli per gram)
  4. Nasi ayam 17(E.coli per gram)
  5. Pasembur 1.1(E. coli per gram)
Kehadiran E. coli dalam makanan menunjukkan pencemaran najis yang mencerminkan tahap kebersihan yang buruk diamalkan oleh penjual atau pengendali makanan. Beberapa jenis kuman boleh menyebabkan radang usus, demam, kekurangan air dalam tubuh, cirit-birit dan muntah-muntah.

Hati-hati dengan makanan anda

Saturday, November 06, 2010

KOSMETIK NENEK


KHASIAT BUAH DELIMA
Delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
Buah Yang Manis Dapat:
Membaikkan usus dan menguatkannya.Untuk membersihkan 

Thursday, November 04, 2010

mandi roh

Setelah berbual panjang dengan seorang ustaz pada malam itu, tiba-tiba ustaz bertanya kepada ku pernahkah sheikh mandi roh? . Aku terkejut seketika sambil mengatakan tidak pernah dengar tentang mandi roh. Ustaz banyak menerangkan kepada ku sebelum sampai kepada tajuk mandi roh. Antaranya tentang Qadam ayat, rahmat yang terkandung dalam bismillah, tipu daya jin yang halus, pertapaan dan hinggalah sampai kepada tajuk mandi roh. Sebelum tu ustaz minta ku menyebut bismillah dengan 7 harakat. Ternyata hatiku berasa sayu , sedih dan kerdil. sambil badan menggeletar. Ustaz mengatakan itulah tandanya hati anta hidup. Ustaz menyambung kembali tentang mandi roh tetapi aku tidak mampu untuk menerangkan di sini. Rasanya tidak layak untuk terangkan kepada semua pembaca. Tanyalah pada orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi-Tuan Iman, kadi, ustaz dan tok guru.

tokke


                                                                  Aeluroscalabotes felinus
                                                 
                                       Bavayia cyclura

Bavayia geitana

Wednesday, November 03, 2010

Ciri ciri wanita solehah (doa kebahagiaan keluarga)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat

Tuesday, November 02, 2010

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan


Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut

Monday, November 01, 2010

TANDA TANDA KEMATIAN

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat