Thursday, November 18, 2010

Rambut Artis Sekolah

Panas, panas, panas hati dengan gaya rambutnya yang panjang macam artis Barat.  
Apa ingat ini tempat tujukkan  gaya macho ka?. 
Inilah  melayu yang dah layu tidak tahu tempat dan masa untuk menunjukkan sesuatu. 
Dah lama tak nampak muka tiba-tiba muncul. Dengan tangan menggengam sekeping kertas.
Lari bila Nampak aku.
Nak ke mana? Akhirnya dapat juga sirambut panjang tu.
Itulah  ragam segelintir budak sekolah kini.
Gaya rambut macam gambar singa tu pun ada.
Macam  pemain bola sepak David Beckham tu pun ada.
Sepatutnya rambut pelajar sekolah seperti gambar di bawah tu. Bukan singa di atas.
Dah lama tak Nampak muka(ponteng) tiba-tiba muncul dengan rambut panjang  semata-mata hendak mengambil slip peperiksaan.
Alangkah sedihnya, peperiksaan nak ambil tapi belajar tidak mahu. Apakah yang hendak ditulis nanti dalam peperiksaan. Siapa boleh jawab. Jawab sat.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat