Saturday, November 06, 2010

KOSMETIK NENEK


KHASIAT BUAH DELIMA
Delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
Buah Yang Manis Dapat:
Membaikkan usus dan menguatkannya.Untuk membersihkan 



bahagian dalam halkum dan untuk mengubati batuk. Bila dimakan bersama roti, roti tersebut tidak hancur.Ianya kurang sesuai untuk orang demam.
Buah yang Masam Dapat:Melawaskan kecing.Menyucikan perut,mencegah dari muntah.Menurunkan kepanasan hati, menguatkan anggota badanMencegah penyakit bagi hati dan penyakit dudina.Boleh mengubati penyakit kuning mata putih melalui cara mengambil airnya lalu dicampurkan dengan sedikit madu kemudian dipanaskan sehingga pekat dan disapu pada kening.
Khasiat bijinya:
Tumbuk bijinya sehingga halus dan campurkan sedikit madu, dapat mengubati kebenjolan dan luka yang teruk.
Jika 3 biji ditelan dapat menghidar sakit mata..


KHASIAT PEGAGA
Bagi yang mahukan wajah sentiasa dalam keadaan muda, fikiran sentiasa tenang dan meningkatkan daya ingatan anda tidak perlu bersusah payah mencari ramuan dan herba lain yang mungkin ada antaranya mengandungi bahan kimia. Di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya. Rahsia dan khasiatnya terbukti sejak berkurun untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit.

Pun begitu rahsia inilah yang membuka minat mendalam kepada pengamal herba untuk menjadikan pegaga sebagai tanaman pilihan bukan sahaja untuk amalan memakannya sebagai ulam istimewa malah penawar dan mencegah penyakit  dan boleh mengekalkan pengamalnya awet muda Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur. Juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae di kalangan masyarakat tempatan tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini. Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain. Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda. Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf. Di Thailand pegaga di kenali Buabok telah menjadi satu produk yang dibotolkan secara jus diminum sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.
Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.
Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan
. Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.



Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru
KHAST ASAM  JAWA
Di negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.


Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.


Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita, terutamanya bagi wanita yang mengandung.


Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.


Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar.


Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.


Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.


# Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.


# Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.


# Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.


# Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.


Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.


Di Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan dicampur dengan gula sebelum diminum.


Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema.


# Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.


Bagi orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum.


# Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.


Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.


Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.


Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.


Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan.


Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.
------------------------------------------------------


Melegakan Deman Panas Kuat;
ambil secukupnya asam jawa (yang ada dijual dikedai) dan digaul bersama kelapa parut kemudian disapu keseluruh tubuh insyaallah demam panas yang tinggi itu akan reda dan membaik..


KHASIAT LIDAH BUAYA
Diabetes
Cara Meramu: 2 batang daun lidah buaya, dicuci, dibuang durinya, dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air, lalu ditapis. Minum 3 kali sehari sesudah makan, masing-masing setengah gelas.
Penurun kadar gula darah
Cara Meramu: 1 pelepah lidah buaya ukuran besar (kira-kira seukuran telapak tangan) dibersihkan dengan mengupas kulit dan durinya. Rendam sekitar 30 minit dalam air garam. Remas sebentar lalu bilas di bawah air yang mengalir (air kran). Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih. Dinginkan. Minum sebanyak 1/2 gelas, 2 sampai 3 kali sehari.
Penyubur rambut
Cara Meramu: 2 pelepah lidah buaya dicuci lalu kupas. Isinya digosokkan pada kulit kepala.. Bungkus dengan kain. Keesokan harinya rambut dibilas. Lakukan setiap hari selama 3 bulan.
KHASIAT MADU LEBAH ASLI
Dapat mengubati penyakit dalam perut.
Dapat mengubati penyakit medu.
Dapat membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
Dapat mengubati penyakit ketaihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum..
Melawaskan pembuangan air besar.
Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
Menghilangkan penyakit banyak kahak.
Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat diparu-paru.
Mencerdaskan otak kanak-kanak.
Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, dikacau dan di bawa minum.
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.


KHASIAT CELAK HITAM DARI ASFAHAN

Ianya amat baik untuk mencerahkan mata, terutamanya untuk orang dewasa yang kurang penglihatannya. Cara memakan yang terbaik ialah dengan mencampurkan sedikit air bercampur madu lebah asli lalu di sapukan bahagian kelopak mata.

KHASIAT BELALANG BERAS
Jika dimasak secara kukus:
Dapat mengubati penyakit susah membuang air kencing.
Penyakit dedas.
Penyakit Buasir
Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.

KHASIAT DAGING ARNAB

Ambil bahagian kepalanya dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
Jika dimakan daging yang dibakar.
Melawaskan kencing.
Dapat mengubati retak batu pada kemaluan.
Dapat mengemaskan perut yang gendut.

KHASIAT BURUNG RUAK

Sesuai dimakan bagi ahli sukan dan orang yang bekerja berat yang memerlukan oksijen yang banyak di dalam badan.

KHASIAT POKOK SITI FATIMAH DARI MEKAH
Sebagai air selusuh yang amat mustajab.
Sebagai pencegah dari hamil yang mustajab.
Memulihkan dara bagi si ibu (terlalu mengecut).

KHASIAT LIMAU NIPIS HUTAN

Membantu untuk menghadam makanan, yakni ambil kulitnya dan bubuh ke dalam makanan.
Isinya boleh menyejukkan perjalanan usus-usus, juga boleh mengubati penyakit buasir.
Airnya boleh menghilang rasa dahaga, menghilangkan penyakit kuning, membuka selera makan dan menguatkan usu-usus, dapat menghilangkan kesan kekotoran dakwat, darah dan sebagainya yang melekat pada kain dan sebagainya, juga dapat meredakan kepanasan hati.
Butirnya dapat menghapuskan racun berbisa yakni melalui tumbuk sampai hancur dan ambil airnya lalu bubuhkan ke dalam air suam sekadar 2 sudu besar dan diminum. Juga dapat menghilang bisa sengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

KHASIAT BUAH PEAR

Bagus untuk usus-usus.
Menghilangkan rasa dahaga dan muak.
Melawaskan kencing.
Menghilangkan sakit kerana berak-berak.
Menghilangkan lendir-lendir yang terdapat dalam darah.
Amat baik dimakan jik ianya dimasak bercampurkan madu.

KHASIAT DAGING UNTA

Dapat menyembuhkan penyakit lelah atau semput atau asma.

KHASIAT BURUNG MERPATI
Dapat mengubati penyakit lembik.
Dapat mengubati penyakit kebas.
Dapat mengubati penyakit lumpuh.
Jika dimakan yang betina dapat menguatkan tenaga batin.

KHASIAT BAWANG MERAH

Menambahkan air mani.
Membuka selera makan.
Menghadamkan makanan.
Menghilangkan rasa dahaga.
Memanaskan badan dan membuang kahak.
Melicinkan pernafasan.
Menghilangkan rasa hampir pitam jika dicuim baunya setelah dipotong.
Jika dimakan berlebihan boleh membawa bahaya, bahayanya sama dengan memakan bawang besar.

KHASIAT BUNGA BAWANG MERAH

Boleh mengubati penyakit kusta, dan kebingungan. Caranya ialah dengan mengambil bunganya dan ciumkan berulang kali. Manakala untuk mengubati penyakit sawan pula ialah dengan mengambil bunganya dan berikan kanak-kanak yang terkena sawan itu cium.

KHASIAT BUAH TAMAR

Menambahkan kesihatan hati, ianya mengandungi protein yang banyak dan berkhasiat tinggi.
Jika dimasak dan dicampurkan dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu (gastrik)

KHASIAT LUMUT LAUT (SARER)

Sekiranya direbus dan dimakan dapat :
Mengubati penyakit anjing gila.
Mengubati penyakit pucat muka.
Mengubati kelemumur dan bisul.

 
KHASIAT JINTAN HITAM
Ubat bagi segala penyakit.
Menghilangkan selsema, melapangkan pernafasan, menghilangkan penyakit balar, mencairkan kahak, membuka selera makan dan lain-lain lagi.
Jika ditumbuk sehingga hancur dan dicampurkan madu.

KHASIAT MINYAK ZAITUN
Melambatkan rambut dari beruban.
Melicinkan dan melembutkan kulit juga mengeluarkan parasit
Melawaskan perut., Minyaknya yang bergaram jika disapukan ke kulit yang terkena api dapat menghilangkan lecurnya.

KHASIAT BUAH ANGGUR BASAH

Menghilangkan bau mulut yang busuk.
Mencairkan lendir/kahak.
Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
Menghilangkan perasaan marah.
Menguningkan warna kulit.
Menguatkan emosi.
Mengubati penyakit batuk.
Menghilangkan rasa pedih/sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam.
Menguatkan hati dan jantung.

KHASIAT BERAS
Masakkannya dengan membubuh susu lembu asli boleh menambah air mani dan menguningkan warna kulit badan.

KHASIAT BAWANG BESAR

Membuka keinginan selera makan.
Menguatkan usus-usus dan membersihkannya.
Memperbanyakkan air mani, mencantikkan warni kulit dan membuang kahak.
Caranya ialah dengan memakan mentah.
Air Bawang Besar jika dicampurkan dengan madu asli dapat menyembukan penyakit keputihan mata, caranya ialah sapukan bahan tersebut ke kelopak mata.
Boleh melawaskan kencing, menyembuhkan penyakit kuning dan melapangkan penyakit sesak dada, sekiranyg dimasak.
LARANGANNYA:
Dilarang Memakan secara mentah berlebihan kerana:
Melemahkan daya penglihatan.
Membawa kepada pelupa
Merosakkan akal.

KHASIAT IKAN SOLOMON DAN MACKEREL

Dapat menghindarkan dari terkena penyakit lemah jantung, juga merawatkan penyakit tersebut.

KHASIAT MEMAKAN TEMBIKAI (TIMUN CINA) DGN TAMAR

Ianya dapat meredakan kepanasan dalam badan dan menghadamkan makanan. Ianya hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum sarapan.

KHASIAT BUAH BIDARA

Buah Yang pertama kali di makan oleh Nabi Adam a.s
Boleh menguatkan kecerdasan otak.
Melicinkan perjalanan usus.
Menghilangkan penyakit kuning.
Mencantikkan kulit.
Membuka selera makan.
Menghilangkan kahak.
Menghilangkan penyakit lambat hadam.

KHASIAT BUAH TIN

Terhidar dari keracunan.
Melincinkan tekak dan dada.
Mencucikan hati dan jantung.
Membersihkan lendir yang terdapat dalam usus.
Jika dimakan bersama buah pala akan tawar racun.
Menghilangkan penyakit buasir.
Jika dimakan seperti biasa:
Menyembuhkan penyakit bangkak telinga.
Mempercepatkan pertumbuhan gigi.

 
KHASIAT POKOK DUKUNG ANAK
Dapat menyembuhkan penyakit karang.
Dapat menyembuhkan penyakit kencing berdarah.
Dapat menyembuhkan penyakit beser/dedas.
Dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.
Dapat menghentikan anak-anak kencing malam.
Dapat mengubati demam kuning.
Caranya ialah dengan mengambil pohonya beserta akarnya sekali dan tumbuk sehingga lumat dengan memasukkan sedikit air. Airnya diberi minum kepada pesakit. Itu ialah bagi penyakit 1,2 dan 6
Manakala bagi penyakit 3,4 dan 5 caranya ialah dengan mengambil pohon beserta akarnya lalu dijemur sehingga kering setelah itu direbus dan diminum airnya.

KHASIAT POKOK BELIMBING TANAH

Dapat mengubati penyakit kencing manis.
Dapat mengubati penyakit darah tinggi.
Dapat mengubati penyakit lemah jantung.
Dapat mengubati penyakit buah pinggang.
Caranyaialah dengan kesemua pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan diberi minum 2 kali sehari.



KHASIAT HALIA

Membantu untuk menghadam makanan.
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dengan menambahkan air mani.
Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
Membuangkan kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikti gula yang diminum dengan air panas.
Menghilangkan bau busuk mulut.
Menghilangkan kadar kesejukkan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
Firman Allah s.w.t,"Dan ahli syurga meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."

KHASIAT RUMPUT JARUM EMAS/ REMPAH PADANG

Ianya dapat mengubati:
Sakit pinggang.
Sakit urat.
Mengecutkan rahim.
Menguatkan tenaga batin.
Mengemas / menyempitkan lubang faraj, khasnya bagi perempuan yang sudah bersalin.
> Melancarkan perjalanan haid.
Caranya ialah:
Ambil 4 atau 5 urat rumput tersebut, kemudian direbuskan bersama air sebanyak 1 kendi (1 ½ liter). Setelah dingin lalu diminum sebanyak 1 gelas. Minumlah 2 gelas sehari.

KHASIAT ISI CEKOR MERAH
Ianya dapat mengubati penyakit:
Kencing manis.
Darah tinggi.
Penyakit-penyakit kulit.
Ambil isi cekor merah sebesar jari manis sepanjang ½ cm lalu dimakan.

KHASIAT DURI KABU

Dapat menyembuhkan segala penyakit kulit.
Menyembuhkan penyakit kudis dan gatal-gatal.
Menyembuhkan bisul dan demam.
Mengubati luka-luka.
Mengubati jerawat batu dan biasa.
Boleh mengubati kayap.
Pecah-pecah kulit dan ketimbir
Benjolan.
Ambil 5 duri atau sekadar yang sesuai kemudian asahkan di atas belakang pasu dengan sedikit air sehingga pekat kemudian sapukan ke tempat yang terlibat.

KHASIAT POKOK KEMUNING CINA
Ianya dapat menyembuhkan penyakit:
Kencing manis.
Lelah dan semput.
Ceret beret.
Sakit kerongkong.
Sakit gigi.
Batuk biasa dan batuk seratus hari.
Rebuslah pokok tersebut bersama akarnya lalu dibuat minum. Bagi sakit gigi ambil getahnya atau asahkan akarnya lalu dibubuhkan ke gigi berkenaan. Untuk batuk pula asahkan akarnya bersama kemenyan lalu dibuat minum.

KHASIAT BUAH MENGKUDU
Dapat menyembuhkan betis kaki yang kering bersisik atau jari kaki yang pecah.
Gosokkan buah kudu yang masak ke tempat tersebut dan biarkan selama 15 minit, kemudian cucikan dengan air hangat.
Dapat menyembuhkan darah tinggi.
Perahkan buah kudu yang masak dan ambil airnya lalu ditapis dan minumlah di pagi hari sebelum memakan sesuatu atau meminum sesuatu, buatlah selama satu minggu berturut-turut. Bila tekanan darah meningkat pula lakukanlah semula amalan itu.
Dapat mengubati penyakit batuk.
Makanlah buah kudu yang sudah masak dengan garam, di dalam jangka masa yang tidak lama, gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat