Monday, May 23, 2011

HIBURAN HAKIKI

Bagi orang mukmin, iman, ibadah, wirid dan zikir atau apa sahaja pekerjaan yang membawa kepada mendapat pahala dari Allah SWT adalah hiburan. Hatinya tenang, emosi stabil.

Ingat(zikir) kepada Allah itu luas pengertiannya. zikir itu merangkumi apa saja sifat terpuji , rasa kehambaan yang mendalam, rintihan dan munajat merupakan zikir qalbi atau zikir hati. 

Zikir qauli(perkataan) atau lisan ialah pengucapan lidah terhadap asma Allah, puji-pujian, istighfar tasbih, tahmid dan membaca Al Quran.Apa yang penting pengucapan itu mestilah beserta hadir hati atau dari hati.

Zikir fi'li(perbuatan) pula ialah apa sahaja pekerjaan yang bersesuaian dengan syariat dan ditujukan kepada Allah, maka ianya dikira ibadah yang dikira sebagai zikir juga. Oleh itu orang yang benar-benar mengikut sunnah, menguap, tidur, makan, masuk tandas, berkawan merupakan ibadah.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat