Friday, June 17, 2011

MANUSIA SEPERTI BINATANG

Cuba perhatikan sekeliling kita iaitu binatang yang dipelihara ataupun tidak. Contohnya ayam. Ayam  pagi-pagi lagi sudah pun membuat bising samada bapak ayam atau ibu ayam. Bapak ayam megah dengan kokokannya, ibu ayam pula sibuk melayan telor sebijinya riuh dan ada juga sibuk dengan suara memanggil anak-anaknya makan. Begitu juga dengan manusia ada yang suka bermegah-megah dengan harta, bakat dan kebolehan, rupa paras dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Ini seperti bapak ayam tadi. Ada juga yang yang tidak lagi kenal halal dan haram. Sebab itulah sekarang timbul macam-macam cerita tentang masyarakat kita. Lebih menyedihkan lagi bini rakan sendiripun pun nak dikebasnya. Ini betul-betul berlaku bukan rekaan. Seperti bapak ayam tadi yang tidak tahu halal haram. Itu cerita tentang ayam.

Seterusnya BABI pula. Perangai babi ni suka sodok, surung sana surung sini. Kalau pekebun tu memang kenal sangat perangai babi habis tanaman disodok. Dengan lain perkataan merosakkan walaupun dia mencari makanan. Perangai manusia yan g boleh dikaitkan dengan babi pula cuba kita lihat sesetengahorang suka merosakkkan harta orang lain. Manusia jenis ini ialah manusia yang iri hati dan ada yang sanggup khianati rakan sendiri demi memenuhi hasad dengkinya. Apa makna hasad dengki? maknanya ialah berharap dan berusaha agar sesuatu yang dianugerah Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus. Manusia jenis ini seperti babi tadi yang tidak senang dengan kesenangan orang lain dan kalau boleh semuanya nak dilingkupkan.

Seterusnnya KAMBING. Perangai kambing ni walaupun diberi makan oleh tuannya tetapi masih makan hak orang lain. Perhatikan janggutnya juga seperti orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Alimlah katakan. Mulutnya juga berbisa, sekali ragut tanaman ada yang terus mati. kalau manusia mulut masin kut. Jika dibandingkan perangai kambing kambing dengan manusia ada persamaan. Ada orang yang suka makan harta orang dan harta anak-anak yatim.Ada yang mencuri meragut. Kalau kambing setakat meragut rumput. Tapi manusia meragut beg tangan. Jadi manusia lebih teruk dari kambing. Ada manusia berlakon alim konon seperti kambing tu yang berjanggut. Alim atau warak di depan orang hingga ramai yang tertipu. Disebalik sikap alim seperti wali itu terselit macam-macam perangai buruk, seperti fitnah, mengaibkan orang lain, ambil duit orang lain, menipu rakan dan sebagainya yang menjijikkan. Ini bukan orang alim atau wali tapi wali bedal atau wali bahalul. Kalau bercakap pasal Islam dialah yang jaguh. Tapi putar alam.

Setakat ini dulu cerita manusia seperti binatang. Entri lain akan disambung lagi cerita seperti ini  supaya sama-sama kita ambil iktibar.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat