Tuesday, April 05, 2011

Musibah dan Malapetaka

Tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari musibah atau malapetaka atau kesusahan. Tidak kira manusia itu mukmin atau kufur. Itu juga merupakan bukti yang sangat jelas dan nyata bahawa Allah SWT itu maha berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Bagi orang yang beriman akan bertambah keimanannya kerana menyedari bahawa manusia itu lemah dan mesti tunduk kepada Allah SWT sama ada secara terpaksa mahupun sukarela.

Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman seseorang mukmin kerana mereka semakin dapat melihat dengan hatinya betapa Allah SWT telah menzahirkan kekuasaanNya yang tidak mampu ditolak oleh sebarang makhluk termasuk manusia.

Ujian dan musibah yang Allah SWT timpakan kepada para mukmin mempunyai dua maksud atau tujuan. Pertama sebagai penghapusan dosa sekiranya dihadapi dengan sabar. Kedua, bagi golongan yang tidak berdosa, ujian dan musibah itu sebagai meninggikan darjat di sisi Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat