Friday, October 31, 2014

MADU KELULUT HUTAN PALAS

MADU KELULUT HUTAN PALAS

Madu Kelulut Hutan Palas diambil sempena nama Kampung Hutan Palas Kodiang Kedah. Anda boleh datang dan lihat sendiri kebun kelulut yang diternak. Jika dahulu kita susah nak dapatkan madu kelulut tetapi sekarang dengan ada teknik yang betul kita dapat mengambil madu dengan mudah.

Lokasi : No 65 Kg Hutan Palas
             06100 Kodiang
             Kedah.
             (Belakang Maktab Pengajian Islam Kodiang Kedah)

                                                                RM40.00
                             Hubungi: Ahmad@Mad Ku Hamid - 0125575980

Keistimewaan madu kelulut hutan Palas ialah diternak di bawah pokok herba(ketum) dan persekitarannya juga dikelilingi tumbuhan lain dan berhampiran Bukit Keplu. Datang dan rasai sendiri keaslian dan kesegaran Madu Kelulut Hutan Palas.
                                                                 Kebun Kelulut











 Dengan persekitaran seperti ini anda boleh memiliki sebotol Madu Kelulut Hutan Palas yang tulen. Datang dan lihat sendiri proses pengambilan madu.

  
                                                      RM40.00                                                    
Hubungi: Ahmad @Mad Ku Hamid - 0125575980

Keunikan pintu masuk sarang kelulut













Keunikan ini dinikmati bersama kesedaran betapa indahnya ciptaan Allah Subhanahuwataala. Datang dan lihat sendiri. Gambar ini semuanya diambil di kebun kelulut Hutan Palas. Bukan ciplak gambar dari laman web lain.Original seperti madunya juga. Jangan ragu-ragu untuk membeli satu botol Madu Kelulut Hutan Palas anugerah Allah untuk manusia.

                                                  RM40.00                                                    
Hubungi: Ahmad @Mad Ku Hamid - 0125575980 

Kelulut yang kretif atau manusia lebih kreatif. Anda nilai sendiri berdasarkan sarang kelulut di bawah.










Disamping  keunikan sarang kelulut  anda juga dapat perhatikan uncang madu yang sudah tentu memiliki khasiat yang tidak dapat dihitung. Buktinya seperti petikan akbar dan Berita TV3 di bawah.

Laporan Berita Utama TV3 pada 15 Januari 2011 – Madu Kelulut Mempunyai Khasiat Tinggi dan Kesan Berganda!

Antara maklumat yang dilaporkan oleh Berita Utama TV3 ialah;
1. Kajian menunjukkan 150 spesis trigona di seluruh dunia.
2. Antara kelulut yang porpular adalah lebah kelulut jenis Trigona laeviceps, Trigona apicalis, dan Trigona itama
3. Madu kelulut dikatakan sangat berguna dalam terutamanya dalam bidang perubatan dan kesihatan.
4. Malah ada penyakit dikatakan sembuh dengan menggunakan rawatan tradisional menggunakan propolis kelulut antaranya:
  • Diabetis mellitus (Kencing Manis)
  • Strok
  • Hepatitis (Hati)
  • Kanser
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Batu karang

 
5. Selain daripada madu terdapat 2 lagi hasilan lebah kelulut iaitu bee bread/ roti lebah yang merupakan campuran pollen (debunga) dengan madu dan propolis yang dihasilkan daripada getah tanaman dicampur dengan cara khusus yang mempunyai khasiat perubatan.

6. Kajian daripada MARDI menunjukkan madu lebah kelulut mempunya kadar antioksida yang tinggi dan kaya dengan antibiotik semulajadi.

7. Perbandingan dengan madu lebah biasa, madu kelulut lebih 2 kali ganda terutamanya untuk tenaga. Iaitu 20 gram madu lebah menyamai 10gram madu kelulut.

 
Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.
Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.
Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu. Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu
Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya. Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
                                                        RM40.00                                                    
Hubungi: Ahmad @Mad Ku Hamid - 0125575980 

Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Untuk pelajar rendah, menengah, universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing. Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

KHASIAT MADU MENURUT ISLAM Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". 


Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;



Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.



a. Penyembuh Yang Mujarab



“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah


Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.




Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.
c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria
Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan  aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;
Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
  • Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
  • Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.
  • Beta Karoten
  • Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:
  • Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
  • Membantu melawaskan sistem pencernaan
  • Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
  • Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  • Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
  • Mengurangkan parut
  • Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Oleh itu setiap orang perlu minum madu untuk kesihatan yang baik. Jadi tempahlah Madu Kelulut Hutan Palas yang pasti ORI
                                                                                                                                             RM40.00                                                    

             Hubungi: Ahmad @Mad Ku Hamid - 0125575980

1 comment:

  1. Assalamualaikum....Alhamdulillah, ptg tadi ada kesempatan berkunjung ke Ladang Madu Kelulut di Hutan Palas di Kodiang kepunyaan Ahmad @Mad Ku Hamid dan berjumpa dgn Tuan ladang lebah kelulut itu sendiri.......untuk permulaan dah beli 4 botol....2 botol hitam 2 botol kuning.......semoga diberkati Allah SWT.....

    Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

    ReplyDelete

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat