Demi Allah, tidak pernah aku mengharap menjadi pemimpin walau hanya sehari semalam. Dan tidak pernah aku meminta kepada Allah samada secara sembunyi atau terang-terangan.
Sambil memeluk Sayidina Umar beliau berkata, "Hai Umar, aku tidak mahu jawatan khalifah ini."
Beliau berwasiat kepada Siti Aisyah supaya mengembalikan lebihan harta kepada kaum muslimin. Siti Aisyah melaksanakan wasiat beliau dan mengembalikan harta peninggalan iaitu seekor kaldai.
Beliau merintih sambil menangis , Wahai diri, bagaimana nasibku, kenapa aku tidak menjadi pohon kayu saja." Ertinya tiada lagi hisab di akhirat.
Setelah menjadi khalifah pada suatu hari beliau mengetuk pintu salah sebuah rumah, lalu dibuka oleh anak gadis masih kecil. Anak itu berkata kepada ibunya, "pemerah susu kambing kita, wahai ibu." Ibunya berasa malu dan memarahi anaknya, "Hai dungu, kenapa tidak menyebut khalifah."
Sayidina Abu Bakar tersenyum dan berkata, "Tidak mengapa, sesungguhnya dia telah memanggil aku dengan sebenarnya dan itulah pekerjaan yang paling aku sukai kerana Allah."
No comments:
Post a Comment