Tuesday, October 18, 2011

ERTI BERLAKU BENAR DALAM BERIBADAT

Berlaku benar dalam beribadat, menurut kata al-Qusyairi, merupakan "tiang amalan, bahkan sendi beribadat"
Manakala dimaksudkan benar kerana Allah dalam beribadat ialah bersamaan zahir dengan batin
Zahir kerana Allah, batin juga kerana Allah
Orang yang yang benar beribadat kerana Allah, ialah orang yang tidak mempedulikan hilang pandangan manusia kepadanya,untuk kebersihan jiwanya
Dia tidak suka memperlihatkan usahanya kepada manusia dan tidak benci kepada orang yang mencercanya; kerana kalau dia benci kepada orang yang mengecam kesalahannya, bererti dia ingin sentiasa dipuji-puji
Maka orang yang benar-benar beribadat kerana Allah terus-menerus mengutamakan ibadat

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat