Friday, August 12, 2011

SIAPA DAJJAL?


MAKNA DAJJAL
Al-Dajl bermaksud penipuan dan pengaburan, ia berasal daripada perkataan dajala jika seseorang melakukan penipuan
Jadi , al Dajjal bermakna pendusta dan penipu
Lafaz al-Dajjal lebih masyhur dikaitkan kepada al-masih yang buta sebelah mata lagi pendusta
Dia dinamakan Dajjal kerana menyembunyikan kekafirannya kepada umat manusia dengan pembohongan dan penipuan

CIRI-CIRI DAJJAL
Merupakan salah seorang keturunan Nabi Adam as
Dia memiliki ciriseperti di atas an telah diterangkan dalam beberapa hadis
Ini bagi memastikan agar umat manusia dapat mengenalinya dan menjauhkan diri daripada kejahatannya
Jadi sebaik sahaja ia muncul ia pasti dikenali oleh orang-orang mukmin dan mereka pasti tidak terpedaya oleh tipu dayanya
Antara ciri-cirinya
  1. lelaki masih muda
  2. memiliki warna kulit kemerah-merahan
  3. pendek
  4. rambut terlalu kerinting
  5. berdahi luas
  6. bahu bidang
  7. buta mata sebelah kanan
  8. kornea matanya tidak menonjol dan tidak cekung
  9. mata kiri ditumbuhi daging tebal pada bahagian kelopak
  10. di antara kedua-dua matanya tertulis huruf kafir
  11. mandul
Menurut Abdullah bin Umar r a, Rasulullah s a w bersabda maksudnya

" Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba aku bermimpi bertawaf di kaabah. Melihat seorang lelaki berketurunan Adam dengan rambut yang lurus diapit oleh dua orang lelaki sambil menitiskan air dari atas kepalanya Aku pun bertanya: Siapakah ini? Mereka menjawab: Dia adalah Isa bin Maryam. Akupun meneruskan tawaf dan menoleh pandangan, tiba-tiba aku melihat seorang lelaki dengan warna kulit kemerah-merahan, berbadan besar, berambut kerinting, mata sebelah kanan buta bagaikan sebutir anggur buah anggur yang menonjol. Aku bertanya lagi : Siapakah ini? Mereka menjawab : Dia adalah Dajjal. Manusia yang paling mirip dengannya ialah Ibn Qatan"
Riwayat al-Bukhari




No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat