Sunday, December 05, 2010

MUDAHNYA BELAJAR SEJARAH(SPM)- 1


Sejak akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta, malas nak hafal isi penting, tidak berminat   dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. 

Walau apa alasan sekalipun kita kena sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan  negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia.  Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya  dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

Jika anda tidak belajar sejarah macam mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang  besar.?
Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya  “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’.  Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.
Kedua, anda menerangkan tentang keluarga anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.
 
 
Ketiga, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.
Keempat, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.
 
Kelima, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita 
permudahkan. Nanti saya tunjukkan.

Keenam, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.

Ada yang tidak sedar kepentingan sejarah itu dan letakkan di tepi. Patutkah  waktu peperiksaan  penggal, mata pelajaran sejarah itu diletakkan pada hari terakhir?.  Sedangkan ini mata pelajaran penting untuk mendidik warga Malaysia yang bertanggungjawab. Tindakan Kementerian Pelajaran mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus adalah wajar supaya kita tidak melahirkan warga yang buta sejarah sampai ke hari tua.

Saya pasti anda akan sedar kepentingan mata pelajaran sejarah semasa anda akan hadapi satu temuduga untuk biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau kenaikan pangkat setelah  anda meninggalkan alam persekolahan. Saya pasti.
Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya  belajar sejarah ?.  Saya  nyatakan kaedah mudah untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.

KAEDAH PERTAMA- Menggunakan Formula.
Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. (bab:  7  ting 4)

ACI


JES

Negara                                 Tokoh
A= Arab                                J= John Crawford
C= China                              E= Emanuel Gadinho Eredia       
I= India                                 S= Snouck Hurgronje

Pelajar hafal formula ACI dan JES

Ayat penuh: 
Teori yang pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga pula ialah Islam datang dari india. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.
Selamat mencuba.
 
Kaedah seterusnya rujuk dalam pages.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat