Tuesday, February 22, 2011

Cara Minum Air

Janganlah sesekali terus minum air sesudah makan.
Jangan minum ketika perut kita sedang betul-betul kosong.
Jangan minum air yang terlalu sejuk sebab bahaya kepada organ pernafasan, terutama setelah memakan makanan yang panas, atau manis, atau setelah mandi dengan air panas, atau telah melakukan hubungan seksual.
Jangan menelan air dengan sekali teguk yang boleh menyebabkan penyakit Al-Kabar(rasa sakit pada hati).
Jangan bernafas dalam bekas minuman.
Minum air perigi makanan akan tercerna dengan baik.

Tuesday, January 18, 2011

Orang yang pertama masuk neraka

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"tiga jenis orang yang pertama masuk neraka ialah penguasa yang berwenang-wenang, orang kaya yang tidak menunaikan hak dari hartanya, dan orang miskin yang fasik.'
(Hadis riwayat Abu Bakar bin Abi Syaibah)

Wednesday, January 12, 2011

Tujuh golongan manusia tidak dipandang Allah pada hari kiamat

Hadis daripada Anas bin Malik r.h daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Tujuh golongan manusia yang tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat, tidak akan dibersihkan mereka dan tidak akan diampunkan mereka dan akan dimasukkan ke neraka bersama-sama dengan golongan yang pertama memasukinya. Malainkan mereka bertaubat. Mereka itu ialah:

1. Yang melepaskan nafsu syahwat(lelaki atau perempuan) dengan tangan sendiri(onani)
2. Lelaki-lelaki yang melakukan liwat(homoseks)
3. Perempuan-perempuan yang melakukan lesbian
4. Kaki botol(peminum arak)
5. Yang memukul kedua ibu bapanya sehingga terpaksa mereka meminta pertolongan
6. Yang menyakiti jirannya sehingga mereka mengutuknya
7. Orang yang berzina dengan isteri jirannya. "

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat