Tuesday, March 18, 2014

PT3 Ganti PMR - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.

Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.

Muhyiddin berkata PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.

"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.

Beliau berkata melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan, jelas beliau.

-- BERNAMA

Wednesday, September 25, 2013

BUAH MAHKOTA DEWA






Saturday, May 11, 2013

mudahnya sejarah


TEKNIK MAKAN NASI DALAM MUDAHNYA SEJARAH


Teknik ini boleh digunakan bagi tajuk CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA.
Perhatikan gambar sepinggan nasi di atas. Makanan yang terdapat di dalam gambar di atas ialah:

1. Nasi
2. Ayam/telor
3. Sayur
4. Jagung
5. Ikan
6. Kari
7. Buah

Sekiranya setiap hari kita makan nasi sudah tentu kita akan ingat dengan mudah ciri-ciri kerajaan agraria. Lihat ayat di bawah.

Nasi - asal daripada padi sawah dan huma. Oleh itu isi pentingnya ialah:
          1 . Masyarakat agraria menanam padi huma ( 1 markah)
          2. Masyarakat agraria menanam padi sawah (1 markah)
Ayam/Telor- boleh dikaitkan dengan penternakan.
          3. Menternak binatang seperti ayam(1 markah)
Sayur- boleh dikaitkan dengan menanam
          4. Menanam sayur-sayuran(1 markah)
Ikan- boleh dikaitkan dengan tangkap ikan
          5. Menangkap ikan (1 markah)
Kari- boleh dikaotkan dengan rempah.
          6. Mengumpul rempah ratus(1 markah)
Buah- boleh dikaitkan dengan mengutip hasil hutan
          7. Mengutip hasil hutan seperti buah-buahan (1 markah)

Jumlah isi atau markah ialah 7. Jika setiap hari makan nasi seperti gambar di atas sudah tentu lebih mudah untuk mengingati isi penting ciri-ciri kerajaan agraria. Kalau masih tidak dapat ingat lagi maknanya pelajar berkenaan tidak pernah makan nasi. Mungkin makan besi dan tembaga. Diharapkan dengan cara ini dapat membantu pelajar mengingati isi penting dengan mudah dan tidak perlu membaca berulang kali.





Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat