Rasulullah S.A.W adalah pengajar atau murabbi bagi para sahabatnya, bahkan boleh disebut sebagai pakar pendidikan kerana dalam mendidik para sahabat baginda telah menerapkan berbagai sistem dan kaedah yang boleh digunakan oleh pakar pendidikan dewasa ini.
Contohnya baginda memanfaatkan momentum tertentu, menggunakan pelbagai ilustrasi, mengajar sesuai dengan keperluan, menggunakan bahasa yang sesuai dengan intelektual masyarakat dan banyak kaedah yang lain. semua itu dilakukan dengan penuh keteladanan dan kesabaran yang tinggi.
Rasulullah S.A.W pernah memegang bahu Abdullah bin Umar agar beliau lebih menumpukan perhatian kepada apa yang akan disampaikan..
Mengenai cara pengajaran Nabi S.A.W ini, Ibnu Hajar al-Haitami berkata "Salah satu cara tersebut ialah ketika menyampaikan ilmu, pendidik memegang salah satu bahagian anggota tubuh anak didik."
Perkara ini jugalah pernah dialami oleh Ibnu Mas'ud RA, berkata : "Rasulullah S.A.W telah mengajar kepadaku cara bertasyahud sambil memegang telapak tanganku".
Hikmah dari kaedah ini ialah mewujudkan suasana akrab, harmoni, bersemangat serta penuh perhatian. Ini kerana kebiasaannya adalah mustahil seseorang itu melupakan sesuatu ajaran yang diterimanya dengan cara demikian. Perbuatan ini juga tidak dilakukan kecuali kepada orang yang disenangi oleh pelakunya.
Hadis 40 Bicara Rasulullah S.AW.