Friday, August 10, 2012

PENCIPTAAN UDARA/ANGIN

Manusia jarang memikirkan tentang sesuatu perkara yang menjadi pokok kehidupan. Sekiranya komponen itu lenyap seketika daripada hidupnya nescaya dia pasti mati. Apakah komponen yang asas itu?. Itulah udara, yang selalu kita hirup. Udara mengubah darah yang kotor menjadi bersih. Udara termasuk dalam alat pengolahan makanan dan menjadi wasilah menyampaikan bunyi suara kepada telinga kita. Kalau tidak ada udara manusia tidak akan mendengar apa-apa. Udara juga merupakan perisai yang melindungi daripada berbagai sinar yang merbahaya. Sekiranya susunan udara itu rosak atau keadaannya berubah akan musnahlah kehidupan di muka bumi ini. Para ahli sains berpendapat bahawa udara yang khusus meliputi bumi ada kira-kira lima juta bilion tan. Anda lihat betapa perubahan udara tidak dapat diketahui, begitu juga warna, rasa, tetapi kita dapat menyentuh dan merasakan belaiannya. Angin atau udara adalah ciptaan Allah, tanda kekuasaan Allah Taala. Semua makhluk pasti memerlukannya. Jika Allah mengkehendaki, tentu dijadikan sebagai penyebar kerahmatanNya sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Kami tiupkan angin itu untuk menyuburkan." (Al-Hijr:22) Oleh itu gerakan angin itu sampai hembusan udara kepada seluruh binatang dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi jika Allah mengkehendaki udara boleh dititahkan sebagai angin yang membawa bencana dan seksa serta azab untuk sesiapa yang diinginkanNya iaitu kaum yang membuat maksiat.

Anda mungkin berminat

Anda mungkin berminat